Tuesday 7 August 2012

"Masihkah Ada Ramadhan"

"ambe nak tolong Mok Nah kat bangsal ayoh. Siang ke Mok Nah. Tak ade sape nak tolong dia"

'Masihkah Ada Ramadhan' cerita yang ditayangkan di Astro 105 setiap hari Isnin jam 10.00 malam bermula pada bulan ramadhan ni. Macam tak percaya Astro ada menayangkan cerita melayu yang tinggi kualitinya.

Saya puji cerita ini. Cerita yang memaparkan kasih sayang mak ayah kepada anak-anak, kasih sayang adik beradik, kasih sayang sesama jiran sekampung, kasih sayang lelaki dan perempuan, semua ada di sini.

Selain itu, pembawakan watak yang sempurna oleh pelakon-pelakon yang membintangi drama ini turut dipuji. Dialog yang ringan dan mudah difahami walau bahasanya bukanlah bahasa buku. Drama 'Masihkah Ada ramadhan' berjaya mengenengahkan ciri-ciri Masyarakat orang Terengganu, budaya, Identiti, mahupun makanan dari sana.

" ayohnya, kala ke pasar minta caghikan daun pandang. Saya ingat nak buat tepung pelita sike' untuk berbuka"

Senyum saya dan Bak bila dialog ni dikeluarkan. Makanan kegemaran kami anak beranak :)

Nilai-nilai kekeluargaan yang semakin hilang dalam masyarakat pada hari ini bukanlah perkara yang direka-reka di kaca televisyen. Saya percaya, sebahagian daripada kita juga menyedarinya cuma sikap ambil kesah dan tak kesah sahaja pada keadaan yang berlaku disekeliling.

Saya sangat tersentuh dengan watak Mok Nah. Lembut pertuturannya dan halus percakapannya yang bukan dibuat-buat. Seorang Ibu yang terpaksa menerima dan redha bila anak-anak sudah membesar dan tidak lagi duduk di bawah satu bumbung. Masing-masing punya hidup sendiri, duduk jauh dari kampung. Nak bertanyakan berita tentang orang tua? jauh sekali! Sesekali ada flashback masa zaman anak-anaknya masih kecil... sedih.... tapi realitinya begitu!

Gayah, gadis kampung, bertudung, penuh ciri-ciri gadis melayu. Setia dirinya pada cinta. Tidak punya ibu menumpang kasih pada Mok Nah yang dianggap seperti saudaranya sendiri. Menyintai anak Mok Nah, Ghazali yang punya pendidikan tinggi sampai ke luar negara sedangkan dirinya masih kekal di kampung.

"kita tahu awok dah ade oghang laing, saje nak permain hati kita"- Hebat lakonan Liz AF!

Seperti tidak pernah lihat pelakon yang membawakan watak zali (ghazali) dalam drama/ filem sebelum ini. Watak penting yang menghidupkan jalan cerita 'Masihkan Ada Ramadan'. Boleh dilihat dari raut wajah, luhur. Dia (Zali) berjaya menunjukkan pada penonton, sayangnya dia pada kehidupan kekeluargaan. Anak muda yang mengidap penyakit barah ini  cuba sedaya upaya untuk membahagiakan kedua ibu bapanya, menyatukan keluarganya semula. Sangat santai dan bersahaja lakonannya, namun terkesan di mata dan jiwa. Thumbs up untuk anda!

"saye sayang ke awak gayah. tapi saye belum bersedia untuk bernikoh." :)

Barisan pelakon yang lain, Eman Manan, Ayu Raudah, Zamarul Hisham, Mat Over, dll

......

Sumpoh! saye suke ke cite 'Masihkah Ada Ramadan'.. laing daghi hok laing :D



3 comments:

  1. saya juga jatuh cinta dgn drama ini
    jatuh cinta dgn watak2 dalam drama ni.
    rasa sgt dekat dihati :)

    ReplyDelete
  2. bergenang air mata tengok ceta ni... memang beh giler... ada pokok nyor, bot buruk sador kat pantai, ada deru ombok, pelita buluh,.... memah luluh hati ... luruh air mata jantan ini

    ReplyDelete
  3. Sedak boh cite nie.....taun lepah tengok doh,taun nie tengok pulok....pg td pakak tengok rama2 kat opih.....berkace jugok mate ni tngok cite 2...memg beh...first time tngok drama melayu yg gune loghat negeri tanoh tupoh daroh ambe...memg beh.....

    ReplyDelete