Tuesday 19 March 2013

gadis, wanita & perempuan

Aku wanita yang tak sempurna
Tak punya ciri dan gaya yang orang damba
Pakaianku lusuh tak berjenama.
Personalitiku hambar tak mempersona 
Suaraku kasar, keras,  tak manja
Bersederhana, bersahaja, biasa

Aku wanita yang kurang serba serbi
Hidup beralas mimpi di siang hari
Meminta-minta aku tak reti
Tak pasti itu kelebihan atau kekurangan diri
Sakit, susah dan senang aku tanggung sendiri
Tak mengharap orang beri simpati 
apatah lagi hendak dibantu ku dengan rela hati

Aku wanita yang percaya Tuhan
Percaya jodoh, ajal dan maut dah ditentukan
Aku ikat kuat kenangan dan pengalaman
Kerana dari situ aku belajar kedewasaan
Umur sedikit, tak mengukur kematangan
Tak hidup aku dengan pujian
Tak mati aku dengan cacian

Friday 30 November 2012

"Rasa Yang Tak Dapat Diluahkan"

rasa yang tak dapat diluahkan
tak berdaya nak disimpan
tak mampu nak diperjelaskan
tiada kekuatan nak dipertuturkan

rasa yang tak dapat diluahkan
hendak diberitahu
takut disalahertikan
mencari cara paling halus
untuk disampaikan
bimbang dijadikan gurauan dan ejekan
bimbang mereka tiada faham akan perasaan

rasa yang tak dapat diluahkan
pendam menjadi beban
luah meninggalkan kesan

rasa yang tak dapat diluahkan....