Monday 6 June 2011

Sukar Mendapat Jodoh?

Salam everyone...:)

Sedang saya belek2 magazine office mate, saya terbaca satu artikel menarik daripada Majalah Solusi. Tajuk : Sukar Mendapat Jodoh? Individu yang berbicara berkaitan topik ini ialah Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. hehe... ye...setiap baris-baris ayatnya saya cuba hayati. Artikel yang sangat baik untuk dibaca bagi mereka2 yang masih belum bertemu jodoh. Jadi di sini saya akan kongsikan sedikit petikan daripada  artikel tersebut :)

"...Jodoh & Pertemuan urusan tuhan. Murniakan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.."

Tajuk hangat yang sering menjadi topik perbualan dikalangan remaja ialah soal jodoh.Aspek yang paling popular antara titik bengik jodoh ialah kenapa sukar mencari jodoh..

Antara faktor yang utama ialah :

1.  Jodoh Belum Sampai
Sejak zali Allah telah mentakdirkan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita. Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah. Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha

2.  Cara Tepat Memahami Qada' & Qadar
Syed Sabiq dalam kitabnya al-Aqa'id al-Islamiyah menulis, Imam al-khattabi menulis "ramai orang mengira qadak & Qadar sebagai pemaksaan Allah ke atas hambanya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui tentag kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara. Pengetahuan Allah berkenaan sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

3.  Hati Tidak Fokus
Fokus adalah doa.Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus kepada perkara yang lain. Contohnya, seseorang yang terlalu memikirkan kerjaya, lalu siang & malamnya difokuskan untuk mengejar kedudukan setinggi mungkindalam kerjaya sehingga mengabaikan orang si sekitar yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan.

4.  Belum Bersedia 
Perasaan sama ada sudah bersedia atau belum berumah tangga lhir dari dalam hati setelah kita menilai diri sendiri.Kemampuan mempengaruhi persediaan. Orang yang kurang Mampu dari segi ekonomi, fizikal dan mental biasanya kurang bersedia untuk berumahtangga. Selagi hatinya mengatakan dia belum bersedia untuk berkahwin, selagi itulah seseorang itu sukar bertemu jodoh.Positifkan fikiran daripada terlalu memikirkan risiko dan cubalah sedaya upaya menampung segala kekurangan diri dalam segala aspek agar kita berasa bersedia untuk berumah tangga.

5.  Terlalu Memilih
Orang yang terlalu memilih biasanya akan meletakkan kriteria-kriteria tertentu untuk bakal pasangannya, antaranya:
- keturunan
- kekayaan
- warna kulit
- skala kecantikan
- tahap pendidikan
- status dalam masyarakat
lantaran itu, kegagalan mencari orang yang memnuhi kriteria ditetapkan menyebabkan sesorang itu lambat bertemu jodoh. TIDAK SALAH MEMILIH TETAPI JANGAN TERLAMPAU KETAT KRITERIA DALAM MEMILIH

6.  Hati masih Tidak Bersih
Hati yang masih banyak diselaputi rasa kebencian mungkin akan menyebabkan bakal pasangan mudah membenci. Orang yang hatinya penuh benci akan menghantar "gelombang benci" kepada orang laindi sekitarnya menyebabkan dirinya sering dibenci. Oleh sebab itu ubatilah hati.Tanamkan kasih sayang kepada semua orang. Andai diri sering teraniaya, hantarlah doa kepada orang yang menganiya dan bukan cacian.jadikan taqwa sebagai benteng daripada membiarkan perasaan dendam menguasai diri.
-----------------------------------
So, korang dalam categori mane? hehe.. menarik kan... kita ni kadang2 selalu tertumpu kepada faktor yang no 1 sahaja. Bila ditanya kenapa tidak berumahtangga lagi, jawabnya jodoh belum sampai tetapi lupa kepada lima faktor yang lainnya. Apa yang penting hati kena sentiasa bersih.. Bila hati bersih list kriteria-kriteria calon takla panjang sangat.ehe.. jangan ada benci, sebab orang sekeliling juga boleh merasa aura kebencian yang ada dalam hati kita..

Semoga bertemu jodoh kalian.....:)

No comments:

Post a Comment