Saturday 4 June 2011

Dia

Layu Dia mengatur langkah.. satu persatu sepatunya memijak bumi Allah. Merenung jauh ke lantai dan tanpa disedari air matanya mengalir.. begitu susah hatinya hari ini. Cuba menyingkap apa yang pernah dilalui..senyuman yang sentiasa ada, tawa & riang tidak pernah lekang dari namanya rupa-rupanya menyimpan pelbagai kisah duka...

Hatinya sentiasa dibohongi, fikirannya sentiasa dibayangi angan-angan indah..seringnya, Dia mengasihani pada yang salah..berharap pada hak dan tanggungjawab orang lain... dan sekali lagi Dia kecewa!
kemudian, langkahnya mati...terpaku pandangannya pada satu sudut jendela...seperti tanda simpati angin bertiup terasa menyapu air mata...

Benak hati, mungkin ini takdir buat Dia..bukan cuba menyalahkan kejadian tapi kesal dengan keadaan.. cuba menghitung pahala, rupa-rupanya jelas dosa-dosa. Nah, inilah silapnya!
pada Tuhan yang menjadikan dan menghitungkan tidak dijaga dengan sebaik-baik perhubungan. Merintih Dia dalam kesedihan...

Dipujuk-pujuk hatinya...InsyaAllah esok masih ada...
..........

No comments:

Post a Comment