Friday 3 June 2011

Nur Kasih

"sakit banyak ke sakit siket?"
"sakit siket"
"nasib baik sakit siket..kalau sakit banyak dah meninggal macam ummi..."

Antara bait-bait dialog antara Maryam (Mia Sara) dan Adam (Remi Ishak) dalam filem Nur Kasih. Kisah cinta antara Nur dan Adam yang cuba menyamai kisah-kisah cinta agung yang lain seperti cinta Kaish dan Laila, Shah Jahan dan Mumtaz, mahupun Fahri juga Maria yang dipersembahkan dalam Ayat-ayat cinta.

Filem Nur Kasih  rentetan daripada drama bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat jam 9.00 malam berjaya menarik ribuan penonton ke pawagam. Malah ada yang merungut kerana terpaksa beratur panjang tetapi ticket telah habis di jual. Lucky me adik saya dah belikan ticket sehari sebelumnya.:)

Jika dibandingkan dengan siri di televisyen, Filem Nur Kasih lebih menonjolkan watak Adam berbanding Nur.  Kesetiaan Adam, kejujuran dan kesungguhan Adam dalam menzahirkan kasih sayangnya kepada Nur. Malah, ada sahaja peristiwa-peristiwa atau tragedi yang akan melibatkan Adam berbanding Nur. Seperti biasa, Aidil adalah watak sokongan bagi kisah cinta Adam dan Nur.



Banyak watak baru yang diwujudkan seperti anak-anak Aidil yang dibintangi oleh adik Mya Sara dan Muhd Illyas Suhaimi. Pujian harus diberikan kepada adik Illyas kerana berjaya membawa wataknya dengan baik sekali seolah-olah kami penonton benar-benar merasai penderitaannya setelah dia kehilangan ibu tercinta Alia,  isteri Aidil. Watak lain yang harus jiberi pujian yang sama adalah seperti watak pelajar-pelajar kelas Adam. Benar, mereka berbakat!

Dari awal cerita ini ditayangkan sehinggalah habis, beberapa kali saya mengurut dada dan menahan air mata.:) Sedih dan begitu menusuk jiwa. Tetapi jika ditanya part mana yang paling memberikan kesan, hurrmm... susah. Tak tahu yang mana satu... hehe... mungkin kerana terbawa-bawa dek emosi dari siri sebelum ni.

Kalau di pawagam, kebiasaannya hanya wajah-wajah muda remaja sahaja yang biasa kita nampak. Tetapi berbeza suasananya dengan Filem Nur Kasih ni. Kelihatan ramai makcik-makcik dan pakcik yang beratur untuk memasuki panggung menonton cerita ni:) sangat comel apabila berpimpin tangan sesama mereka untuk masuk ke panggung. Ternyata filem ini berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Saya  menonton filem ini di Jusco Tebrau City Johor, warga Singapura pun ramai yang tidak ingin melepaskan peluang menonton filen Nur Kasih. Tahniah Khabir Bahtiar!

skala 1-10 = 6 :)

No comments:

Post a Comment